BAB 1
“Tak nak! Lebih baik batalkan je majlis tu daripada kena kahwin dengan orang lain.” Eee umi ni,aku tahulah Irfan baru je meninggal tapi umi nak suruh aku kahwin dengan lelaki pilihan dia? Tak nak aku. Lebih baik aku membujang sampai tua!
“Yana, tolonglah umi dan abah.Tak kan lah kami nak batalkan majlis perkahwinan kau tu? Malulah kami macam tu!” Umi cuba memujukku.
“Ala,buat apa nak malu? Cakap je lah bakal menantu umi dan abah tu dah jadi arwah.” Serentak itu,aku menangis teresak-esak apabila mengingati pemergian arwah Irfan.
“Nur Yasmin Dyana,cubalah dengar cakap umi ni. Apa yang umi buat ni untuk kebaikan kau juga!” Umi dah mula meninggikan suara dia yang dah cukup nyaring tu. Abah pulak diam je dari tadi. Abah kalau umi dah marah,abah memang tak berani nak masuk campur.
“Tapi umi, Yana tak nak kahwin dengan orang yang Yana tak kenal.” Sebenarnya,aku masih lagi teringatkan Irfan yang meningal dunia sebulan yang lalu. Kalau diikutkan rancangan asal,minggu depan kami akan berkahwin tapi,Allah lebih menyayangi dia. Mula-mula tu,aku menangis siang malam, pagi petang bila terima berita dia kemalangan dan sudah kembali ke pangkuan-Nya.Tapi, lama-lama aku dapat terima hakikat aku dengan dia memang tak ditakdirkan bersama. Lepas tu,umi aku boleh pula suruh aku kahwin dengan...apa nama lelaki tu? Aqil...Bakhil ke apa-apa je la.
“Umi tau kau masih lagi teringatkan arwah Irfan tapi tolonglah terima hakikat yang jodoh kau bukan dengan dia!” Senangnya umi cakap! Ye la,bukan bakal suami dia yang meninggal tapi aku!
“Umi tolonglah,Yana tak nak ada hubungan dengan siapa-siapa pun sekarang ni. Rasa sayang Yana pada arwah Irfan masih ada lagi walaupun di dah pergi.”Aku masih berdegil dengan keputusanku.
“Yana,Yana mesti dengar cakap umi ni.Kalau tak,jatuhlah maruah keluarga kita. Tak kan sebab Yana je maruah satu keluarga dipertaruhkan?” Umi mula berang dengan respons yang ku berikan.
“Yana tak kisah,apa nak jadi pun, jadilah. Yana tetap tak nak kahwin dengan orang lain!” Aku tetap dengan keputusanku.
Panggg!!! Ya Allah,aku rasa macam kena lempang! Eh,bukan rasa tapi memang betul-betul kena lempang. Umi lempang aku? Tapi kenapa? Adoi,sakitnya pipi aku.Terasa perit di pipiku.Aku mengusap-usap pipiku dengan harapan keperitan tadi akan hilang.Inilah kali pertama aku melihat umi betul-betul marah denganku sehingga sanggup menampar pipiku.
“Umi dah pujuk kau baik-baik tapi kau tak nak dengar juga! Sekarang,umi tak kisah! Kau nak ke tak nak,kau kena juga bernikah dengan Aqil minggu depan!” Alamak,umi dah tetapkan! Jadi aku kena kahwin dengan Aqil la? Oh,tidak!Aku pun terus lari masuk dalam bilik aku dan terus menangis. Bila adik aku panggil aku turun makan pun aku tak nak dengar.Aku lancarkan mogok lapar.Biar umi tau aku masih belum dapat lupakan Irfan.Jahat ke aku ni? Tapi aku memang tak nak kahwin dengan Aqil!!!
Berhari-hari aku buat perangai. Mula-mula,umi biarkan je tapi dua hari sebelum majlis perkahwinan,umi datang bilik aku. Aku saja je buat muka dekat umi tanda protes.
“Yana....” Aku tahu umi panggil aku tapi aku buat-buat tak dengar.Aku sengaja berpaling daripada menghadap muka umi.
“Yana....” Umi panggil aku lagi sekali. Pun aku tak pandang umi, Biar umi tau aku tak nak kahwin dengan Aqil.Umi duduk di sisi aku.Umi usap rambut aku. Oh,asyiknya perasaan aku bila umi belai rambut aku. Kali terakhir umi usap rambut aku macam ni pun masa aku sekolah rendah. Lepas tu umi dah tak belai rambut aku. Aku baring di riba umi. Tanpa disedari,aku menangis. Aku pun tak tau kenapa aku menangis.
“Yana,janganlah menangis. Umi suruh kau kahwin dengan Aqil pun sebab umi nak tengok kau bahagia. Umi tak nak kau terus-terusan menangis mengingatkan orang yang dah pergi.” Umi bersuara lembut.
“Umi, Yana bukan tak nak kahwin tapi Yana nak kahwin dengan lelaki pilihan hati Yana dan Aqil bukan pilihan hati Yana.”Aku mendongak memandang umi. Aku renung ke dalam mata umi.Aku ingin umi tahu rahsia hatiku.
“Yana,Yana sayang umi?” pelik aku mendengar soalan umi tetapi aku mengangguk tanda setuju.
“Kalau Yana sayang umi, lusa Yana mesti kahwin dengan Aqil.”
“Tapi....”Aku cuba untuk memprotes.
“Ah, tak ada tapi-tapi. Yana kena juga kahwin dengan Aqil.Yana tak nak bagi umi sakit hati,kan?” Umi ni saja je tanya soalan yang akan membuatkan aku kehilangan idea untuk membalas kata-katanya.
“Umi,tak kan lah sebab Yana tak nak kahwin dengan Aqil Yana dah menyakitkan hati umi?”
“Ya,memang Yana sakitkan hati umi. Yana tak nak dengar cakap umi. Secara tak langsung, Yana memang sakitkan hati umi.”Ala,umi ni,buat muka kesian pula.Macam mana ni?
“Em, okeylah, lusa Yana akan bernikah dengan Aqil.” Kataku lemah setelah mendiamkan diri seketika.
“Macam ni lah anak umi.” Umi sudah mula tersenyum apabila aku menyatakan persetujuanku. Aku hanya mampu memikirkan apa yang bakal terjadi pada perkahwinan aku dan Aqil.
Akhirnya,hari yang tidak aku tunggu kunjung tiba itu menjelang. Aku disolek agar mukaku kelihatan berseri. Maklumlah raja sehari.Aku memakai baju pengantinku yang berwarna ungu dengan tudung yang sedondon. Sebenarnya, aku dan Irfan sama-sama menyukai warna ungu dan kami jadikan warna ungu sebagai tema perkahwinan kami. Malangnya,hasrat kami untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian. Hari ini,aku akan menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak pernah aku kenali sama sekali.
Ramai orang yang hadir hari ini.Semua kenalan ada.Ada sesetengah kenalan Aqil yang aku tidak kenali.Aku tidak pergi untuk berkenalan dengan teman-teman Aqil.Biarlah apa pun yang mereka fikirkan,aku tidak ambil pusing.Ramai juga yang pelik kerana pada surat jemputan tertera nama Mohamad Irfan dan Nur Yasmin Dyana tetapi hari ini bukan Irfan yang ada tetapi Aqil.
“Cantik Yana hari ni! Dah tak sabar nak jadi isteri orang ke?” tanya mak usu. Sebenarnya, soalan dia agak menjengkelkan hati tetapi aku tetap memaniskan mukaku.Aku hanya mendiamkan diri.Malas mahu menjawab pertanyaan itu.Buat menyakitkan hati je!
Ramai juga yang mengusikku dengan soalan sebegitu. Untung aku masih waras, kalau tidak mahu saja aku memarahi mereka semua. Tetapi nanti tidak manis dipandang orang pula.Argh,geramnya aku,kalau diikutkan perasaan hati ini,mahu sahaja aku pergi meninggalkan majlis perkahwinan ini tetapi aku tidak mahu mengundang malu pula kepada keluargaku.
Selepas sekali lafaz,aku telah sah menjadi isteri kepada Mohamed Aqil Hakimi. Selepas memberi salam, Aqil masuk ke dalam bilikku. Saudara dan rakan-rakanku memberi ruang untuk Aqil pergi ke arahku.Aku menghulurkan tanganku untuk dia menyarungkan cincin ke jari manisku.Selepas itu,dia mengucup dahiku. Terasa syahdu hatiku. Alangkah bagusnya kalau Irfan yang berbuat begitu. Huluran tangannya mematikan lamunanku.Aku agak keberatan untuk mencapai tangannya tetapi apabila menyedari ramai yang memerhatikan kami, aku mencapai tangannya dan mendekatkan tangannya ke bibirku tetapi aku tidak mengucupnya. Aku segera menarik tanganku kembali kerana aku rasa geli memegang tangan suamiku. Suamiku...Ya Allah,Aqil adalah suamiku dan aku harus menerima hakikat tetapi ingatanku terhadap Irfan masih kukuh.
Ketika bersantap,Aqil menyuapkan makanan ke dalam mulutku.Dengan berat hati,aku membuka mulut.Ramai orang yang asyik menyaksikan perlakuan Aqil itu.Hendak tak hendak,aku menyuakan pula makanan ke mulutnya.Secara tidak sengaja,Aqil tergigit jariku.Aku terjerit kecil dan secara spontan aku menarik tanganku.Aku mengaduh kecil.
Aqil pantas menarik tanganku dan membawa tanganku ke mulutnya.Dia meniup jariku dengan harapan kesakitan yang aku alami akan hilang.Terpancar riak cemas diwajahnya.Aku leka memerhatikan perbuatannya tanpa menyedari ramai orang sedang memerhatikan adegan tersebut.
“Dah okey dah kut.”Aqil memandangku.Serta merta mukaku berubah.Merah padam mukaku apabila orang ramai menepuk tangan melihat adegan tersebut.Aqil hanya tersenyum sambil menghadiahkan pandangan penuh makna kepadaku.
Malam itu,selepas semua tetamu pulang,aku terus masuk ke bilikku. Mataku terasa mengantuk dan aku amat letih melayan tetamu yang hadir. Aku bertambah letih apabila terpaksa berlakon di hadapan orang ramai bahawa kami adalah pasangan yang paling bahagia sekali di sini.
Aku membuka pakaianku dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Selepas mandi,aku terus keluar dengan berkemban tanpa memikirkan kemungkinan Aqil telah masuk ke dalam bilik.
Sebaik sahaja keluar dari bilik air,aku terkejut apabila di hadapanku,berdiri Aqil dengan pandangan mata yang sukar untuk aku tafsirkan. Aku berasa amat malu kerana inilah kali pertama seorang lelaki melihat susuk tubuhku walaupun tidak kesemuanya.Perasaan malu dan gementar bercampur menjadi satu.
Eh,apa aku buat ni?Baru aku teringat tujuan aku keluar bilik air.Aku segera ke almari pakaianku dan mencapai sehelai t-shirt dan sehelai seluar panjang. Aku cepat-cepat berlari ke dalam bilik air sambil memegang kejap tualaku. Nanti terlucut tuala tu,mati aku!
Belum sempat aku menerpa ke dalam bilik air,aku terasa ada tangan kekar yang memeluk erat pinggangku. Berdebar-debar jantungku. Rasa macam nak gugur pun ada.
Aku tahu Aqil yang memeluk pinggangku.Aqil meletakkan dagunya diatas bahuku yang terdedah.Aku cuba melepaskan diri daripada dakapan eratnya itu. Sebenarnya,aku takut aku akan menyerah kalah. Aku memang sudah lama menantikan sentuhan daripada seorang lelaki yang bergelar suami tetapi ini semua berlaku terlalu mendadak.
Pelukan Aqil terlampau erat sehingga tiada ruang untuk aku melepaskan diri.Ya Allah,bantulah aku!
“Mana sayang nak pergi?” Dia panggil aku sayang? Dia sayang aku ke? Eh, tak mungkin, dia tak pernah kenal aku sebelum ni.Aku masih cuba untuk melepaskan diriku. Tindakannya amat menjengkelkan hatiku yang memang tengah membara. Tindakan Aqil ibarat mencurahkan lagi minyak tanah ke dalam api yang sudah membara di hatiku.
“Lepaslah!” kataku keras dengan harapan dia akan berganjak. Aqil hanya mendiamkan diri.Tetapi,sambil dia senyap tu,dia ada agenda tersembunyi. Dia menghadiahkan sebuah ciuman di bahuku yang terdedah itu. Terkejut aku dengan tindakan drastiknya itu.
“Eee...lepaslah! Awak jangan nak buat bukan-bukan kat sini ya!” marahku kepadanya. Dia bukan melonggarkan pelukan malah lagi mengetatkan rangkulannya. Malah,dia mula bermain-main dengan rambutku yang lebat itu.Aku jadi rimas dan menggunakan sekuat tenagaku untuk menolaknya jauh daripadaku.
Aku berjaya melepaskan diri daripadanya. Aku terus berlari ke arah bilik air. Belum sempat aku menutup pintu, Aqil menerpa masuk ke dalam bilik air.
“Awak,tolonglah keluar. Saya nak pakai baju ni!” Ya Allah,kenapalah mamat ni degil sangat?!
“Ok,abang keluar tapi jangan harap Min boleh terlepas!”katanya separuh mengugut.
BAB 2
Selepas berteleku di dalam bilik air selama sejam,aku keluar kerana sudah mengantuk.Aku lihat Aqil sedang membaca sebuah majalah sukan di atas katil.
“Sini Min,tidur dengan abang!”Aqil mengajak aku tidur bersamanya.Aku hanya mendiamkan diri.Biar dia tahu aku marah dengan dia.
Aku ke almari dan mengambil ‘comforter’ lalu membentangkan di atas lantai. Kemudian,aku pergi ke sisi Aqil untuk mengambil bantal. Aku baring di atas lantai beralaskan ‘comforter’. Sejuk, memang sejuk tetapi aku tetap mempertahankan egoku dan tidak mahu tidur di sebelah Aqil.
Aqil kelihatan terkejut melihat perbuatanku.Dia hanya memerhatikan aku tetapi tidak melakukan apa-apa.
Baru sahaja aku ingin melelapkan mata,aku terasa tubuhku dipeluk. Terus aku membuka mata. Aqil sedang tersenyum memandangku.
“Hei,lepaslah! Apa peluk-peluk orang ni? Rimas tau tak!” tanpa sebarang pamitan,aku terus memaki hamun dirinya.Aku tahu aku bersikap biadap dengannya tetapi egoku membatasi segalanya.Namun, Aqil hanya kelihatan tenang mendengarnya.Tiada tanda-tanda dia akan menguraikan pelukan.
“Aqil,awak ni pekak ke?Bila saya cakap lepas,maksudnya,saya nak awak lepaskan saya!Faham tak?”tanyaku dekat di telinganya.Kalau boleh,aku memang tak nak orang lain tau aku memaki hamun dia terutamnya umi.Kalau umi tau,masak aku kena bebel dengan dia ni!
Aqil menarik badanku dan segera mengucup bibirku.Buat seketika,aku terpana tetapi setelah kewarasanku datang kembali,aku segera menolak dia jauh daripadaku.Hish,mamat ni,suka hati dia je nak cium aku.Bencinya aku dengan mamat ni!Hei,kau tak de kat sini lagi bagus tau tak!!
“Aqil,apa awak buat ni?Oh,nak ambil kesempatan ya! Mentang-mentanglah awak ni suami saya,jadi awak boleh buat apapun yang awak nak?Tak,saya tak kan benarkan! Awak dilarang sama sekali untuk menyentuh saya!Awak faham tu?”Aku menjerit sekuat hatiku.Nasib baik rumah ni rumah batu,kalau tak,semua orang tau aku bergaduh dengan Aqil.
“Faham tapi kenapa abang tak dibenarkan menyentuh Min? Abang kan suami Min,apa salahnya?Luar dan dalam Min adalah hak abang!”Ee,geli geleman aku mendengar ayat terakhirnya itu.Aku tau,Aqil pelik dengan kata-kataku.
“Hei,sedarlah diri tu sikit.Kalau diikutkan hati saya ni,saya memang tak nak kahwin dengan awak tetapi demi menjaga maruah keluarga,saya sanggup kahwin dengan awak!Perkahwinan kita tidak lebih daripada di atas sehelai kertas!!!”Aqil kelihatan amat terkejut mendengar kata-kataku.Lama dia mendiamkan diri sebelum tersenyum dan mula bersuara.
“Oh,abang tak pernah tau pula macam tu fikiran Min terhadap abang!Abang minta maaf banyak-banyak ya sayang.Dah,jom tidur.”La,mamat ni tak paham lagi ke apa yang aku cakap.Hish,susahnya cakap dengan mamat ni!
“Saya tak nak tidur dengan awak.Awak pergilah tidur atas katil tu seorang diri.”Pada mulanya,Aqil nampak keberatan tetapi apabila disuruh berulang kali,dia bangun dari tempat pembaringannya dan segera ke tempat tidurnya.
Aku melihat Aqil masih tidak melelapkan mata walaupun dia sudah baring di atas katil.Mungkin dia rungsing mendengar ucapan yang baru sahaja aku ucapkan.Aku dihimpit rasa bersalah tapi demi Allah,aku masih sukar untuk melupakan arwah Irfan. Ya Allah,zalimkah aku terhadap suamiku sendiri?
Keesokan paginya,aku bangun seperti biasa untuk menunaikan solat subuh. Apabila aku bangun pagi,aku melihat Aqil sedang menadahkan tangan ke hadrat Ilahi sambil berdoa.Aqil berpaling menghadapku.Aqil tersenyum.
“Dah bangun,sayang?”tanyanya lembut.Apasal mamat ni bengong sangat?Aku dah bangun ni,tak kan la buta kut.Aku berpura-pura tidak mendengar soalannya tadi dan terus ke bilik air untuk mengangkat wuduk.
Seusai solat,Aqil memanggil aku duduk di sisinya di birai katil. Aku berpura-pura tidak mendengar panggilannya.Aku mencapai tudung yang tersangkut di penyangkut baju.Aku turun ke bawah untuk membantu umi menyediakan sarapan.
Semasa aku membantu umi di dapur,aku berasa aman kerana tidak melihat mukanya ataupun mendengar suaranya di mana-mana.Aku membantu umi menyediakan bihun goreng untuk sarapan pagi.Umi menyuruh aku menyediakan pinggan dan mangkuk untuk makan.
“Yana,pergi panggil suami kau turun,makan sarapan.”arah umi kepadaku.Hendak tak hendak,aku menuju ke tangga.
“Awak,umi saya suruh turun makan.”Aku mengarah tanpa memandang mukanya.Aku jijik memandang mukanya yang selalu tersengih seperti kerang busuk itu.Aku terus turun ke bawah dan mengambil tempat di sebelah umi.Apabila Aqil sampai di meja makan,umi menyuruh aku duduk di sebelah Aqil.
“Yana,kenapa duduk sini? Pergilah duduk sebelah suami kau tu.”Umi menyuruh aku duduk di sebelah Aqil.
“Ala umi ni,tak kan sekali-sekala nak bermanja dengan umi pun tak boleh?”Aku memberikan alasan yang aku rasakan munasabah.Sebenarnya aku tidak mahu duduk di sebelah Aqil tapi aku tidak berani menyatakannya secara terang.
“Dah ada suami pun nak bermanja dengan umi lagi.Ha,kalau kau nak bermanja sangat,pergi bermanja dengan suami kau tu.”Umi menunding ke arah Aqil.
“Nak duduk sebelah umi juga!”Kataku sambil memaut erat lengan umi.Umi cuba melepaskan pelukan tanganku.
“Yana,janganlah buat perangai macam ni.Malu sikit dekat suami kamu tu.”
“Ala,abang tak kisahlah.Kan,bang?”Kataku sambil memandang Aqil.Sebenarnya,aku hanya memanggil dia ‘abang’ di hadapan keluarga sahaja tetapi apabila bersendirian,aku tidak membahasakan dirinya abang.Aqil yang terkejut denagn soalan mendadak itu memandangku dan mengganguk dengan senyuman manis dibibirnya.Aku bagaikan terkena renjatan elektrik apabila dia tersenyum ke arah aku.Aku segera memalingkan muka kerana malu menatap wajahnya.
Umi menepuk bahuku.Aku agak terperanjat dengan tindakannya yang tiba-tiba itu.
“Yana,pergi duduk sebelah suami kau.Biar abah duduk sebelah umi.” Aku memuncungkan mulut apabila umi menyuruh aku duduk di sebelah Aqil.Namun,aku menurut kata-kata umi.Aku bangun dan mula melangkah.Aku sengaja melambatkan langkahku.Dari ekor mata,aku dapat melihat senyuman di bibir Aqil.Aku tahu dia gembira dengan tindakanku walaupun dia tahu aku amat membencinya.
“Yana,hidangkan bihun goreng untuk suami kau.”Umi tiba-tiba mengarah aku menghidangkan makanan untuk Aqil.Aku cuba memaniskan muka walaupun aku tidak mahu berbuat demikian.Aku mencapai senduk dan meletakkan bihun goreng di pinggannya.Selepas itu,aku menuang air milo ke dalam cawan yang disediakan.
Aku menyenduk pula bihun ke dalam pingganku.Aku mencapai kerusi di sebelah Aqil.Aku duduk di sebelah Aqil tetapi aku menambahkan jarak di antara kami.Aqil sengaja menarik kerusi dia dekat denganku.
Hish,mamat ni,aku dah penat-penat jarakkan kerusi,dia sibuk pula nak datang dekat dengan aku.Aku benci dengan tindakan yang dia lakukan.
Semasa makan,Aqil tiba-tiba memaut erat bahuku.Terperanjat aku dengan tindakannya.Aku cuba menahan kemarahanku.Takut juga aku jika umi tahu situasi kami.
“Mesra nampak! Tak cukup lagi ke malam semalam?”kedengaran suara abang Nazmi,suami kepada kakakku Nur Solehah Zulaiqa.Kami berpaling serentak. Aku hanya melemparkan senyuman nipis kepada abang Nazmi.Aqil menafikan soalan itu.
“Tak adalah.....dah cukup dah malam tadi”.Aqil berkata dengan nada sinis sambil memandang kearahku.Kata-katanya itu hanya difahami oleh kami berdua sahaja.
BAB 3
Dua hari selepas kami berkahwin,Aqil mengajak aku tinggal di rumah keluarganya.Katanya senang untukku kerana di rumah keluarganya ada orang gaji jadi aku tidak perlu membuat banyak kerja.Di rumah keluarga Aqil,aku terpaksa duduk sebilik dengan Aqil kerana kami adalah sepasang suami isteri dan Aqil tidak mahu keluarganya tau hubungan kami tidak seperti suami isteri yang lain.Sebaik sahaja pulang dari kerja,aku terus masuk ke bilik dan mandi sementara Aqil masih lagi belum pulang.Kerjayanya sebagai juruterbang selalu memaksanya berada di luar kota selama beberapa hari jadi aku boleh tidur di atas katil seorang diri.
Seminggu kemudian,aku pergi menziarahi kubur Irfan.Aku ada meminta izin dengan ibu Aqil kerana Aqil tiada di rumah atas urusan kerja tetapi aku memberitahu ibu aku mahu berjumpa dengan teman baikku.Aku memang berniat untuk berjumpa teman baikku,Haryati tapi selepas aku menziarahi kubur arwah Irfan.
Sebaik sahaja sampai di tanah perkuburan Sri Aman,aku segera mencari kubur Irfan.Setelah menemui kubur arwah Irfan,aku menyedekahkan surah al-Fatihah kepadanya dan semua umat Islam yang telah meninggal dunia.Selepas itu,aku pergi ke kafe Naily untuk berjumpa dengan teman baikku.
Haryati telah pun sampai di sana apaila aku sampai.
“Weh,I’m so sorry I’m late.Dah lama kau tunggu?”Aku segera meminta maaf daripadanya walaupun aku tahu dia tidak akan marah denganku.
“Taklah,aku pun baru sampai je ni.Kau lambat lima minit je,bukan lima jam!”Haryati tersenyum memandangku.
Aku hanya tersengih.Aku tau dia tengah perli aku.Siapa yang tak kenal dengan perangai Haryati Afifah ni?Dah sepuluh tahun aku bersahabat dengannya iaitu semenjak aku berusia 14 tahun.Haryati memang sudah maklum tentang perkahwinan di antara aku dan Aqil dan masalah rumah tangga kami.
“Hoi,apa hal kau nak jumpa aku ni?Ada hal penting ke?”Belum sempat aku melabuhkan punggung di atas kerusi,aku dihadiahkan dengan soalan yang agak memeranjatkan itu.
“Sebenarnya,aku ada masalah dengan Aqil lah.”Aku berterus terang dengannya.
“Kau ni,setiap hari ada masalah dengan Aqil.Cubalah kau berbaik-baik dengan dia.Kau berdua ni uami isteri,tau tak?Asyik nak bergaduh je setiap hari!”Haryati memarahi aku.Eleh,cara dia cakap macamlah dia dah kahwin.Boyfriend pun tak ada lagi!
“Yati,kau bukannya tak tau kenapa aku kahwin dengan Aqil!Macam mana aku nak berbaik dengan dia sedangkan aku sendiri tak kenal hati budi dia!...”Belum sempat aku menghabiskan ayatku.Haryati sudah menyampuk.
“Ha,memang betul cakap kau!Kau memang tak kenal hati budi dia lagi.Sebab tu kau kena berusaha untuk mengenali suami kau tu!Tak kan tu pun tak boleh nak fikir!”Apa yang Haryati cakap tu memang betul tapi.....
“Hish,tak ada tapi-tapi!Aqil tu suami kau,kau memang kena Berusaha mengenali diri dia!”Kedengaran suara hatiku berbisik.Hai,nampaknya hati akupun dah pandai lawan cakap aku!
“Sebenarnya,kau tu dah sukakan Aqil tapi kau cuba nak nafikan perasaan kau!”Hatiku berbisik lagi.Oh,tidak,tak mungkin aku suka Aqil.Aku tak suka dia!Tak suka!Tak suka!
“Tak,aku tak suka dia!”Aku cuba menidakkan hakikat itu.
“Ha,berangan la tu.Aku tak habis cakap lagi kau dah boleh berangan? Yana...Yana...”Sergahan Haryati memeranjatkan aku.Aku tersengih memandang dia.Dia menggeleng sebelum menyambung bicara.
“Ni mesti berangan fasal cik abang sayang kau tu lah,kan?”Haryati tersenyum nakal memandangku.Melihat senyuman nakal di bibirnya,aku mengerti cik abang mana yang dia maksudkan.
“Ih,tolonglah.Buat apa aku nak fikir fasal dia?Daripada aku fikir fasal dia,lebih baik aku fikir fasal kau,kan lagi bagus!”Aku menolak dakwaannya.
“Eh,aku rasa aku tak cakap lagi cik abang sayang yang mana satu!Hei,nampaknya kau dah mula sayang kat dia.”Haryati bermain dengan kata-kata.Aku sudah terperangkap.
“Hei,kau jangan pandai-pandai nak cakap aku sayang kat dia,okey!Aku benci kat dia!Faham?”Aku mula naik angin apabila Haryati menuduh yang bukan-bukan.
“Weh,relakslah,aku gurau je tadi.Takkan itu pun kau nak mengamuk?”Harytai kelihatan kalut.
“Kalau nak bergurau pun,tengok tempatlah.Jangan sesuka hati je cakap aku sayang dia!”Aku masih melampiaskan kemarahanku.Aku sengaja menekankan perkataan sayang supaya dia tahu betapa ‘sayangnya’ aku pada Aqil.Huh,tolonglah...Siapa yang nak suka mamat yang macam kerang busuk tu!
“Okey,aku minta maaf buat kau marah tadi.Kita jumpa ni sebab nak minta nasihat aku tapi akhirnya,aku yang dapat ‘nasihat’ kau.”Haryati berkata sambil membuat muka seposennya.Aku tergelak melihat telatahnya.
“Iyalah,kau buat aku bengang tadi.Kau pun tahu kan aku benci dia.Yang kau pergi cakap aku sayang dia buat apa?”Aku masih meninggikan suara.Sengaja aku berbuat begitu kerana ingin mengusik Haryati walhal aku sudah memaafkannya atas gurauannya tadi.
“Weh,sudahlah tu.Kau ni,kalau marah,berdesing telinga aku.”Haryati masih menunjukkan muka kasihannya.
“Aku dah okeylah,saja nak usik kau.”Terkekeh aku ketawa melihat mukanya yang kelat apabila dia tahu aku hanya mengusiknya.Satu cubitan singgah di tanganku.Aku mengomel kesakitan sendirian.Giliran Haryati pula ketawa melihat telatahku.Aku turut ikut ketawa.
BAB 4
Sudah sebulan aku berkahwin dengan Aqil dan sudah sebulan jugalah aku tinggal di rumah keluarga Aqil.Bukan aku tidak mahu berpindah tetapi...entahlah.Aku pernah menyatakan hasrat untuk pindah kepada Aqil tetapi dia tidak bersetuju dengan keputusanku.Aku masih lagi melayan Aqil dengan cara endah tak endah sahaja.Aqil pula setiap hari berusaha memujuk aku supaya menerima dia.
“Min,jom kita pergi jalan-jalan.Pergi KLCC ke,pergi Alamanda ke? Bosanlah asyik duduk rumah je.’katanya padaku suatu hari.Aku hanya memandang sekilas sebelum menyambung kerjaku kembali.Malas aku melayan kerenahnya yang seperti anak kecil itu.
“Jomlah Min.Abang nak jalan berdua saja dengan Min.Lagipun,kat rumah bukannya ada benda nak buat pun.”ujarnya lembut.Dia mula melangkah mendekati aku.
“Awak tak ada benda nak buat sebab awak malas nak cari kerja.Kat dalam rumah ni,banyak kerja yang boleh dibuat.”kataku tanpa menoleh kearahnya yang berada di sisiku.Aqil sebenarnya bekerja sebagai seorang juruterbang.Kadangkala,dia dapat cuti selama berhari-hari.Apabila dia tidak berkerja,inilah kerjanya,mengganggu aku!
“Abang bukan tak nak buat kerja,tapi abang malas saja.”Samalah tu!Eh,mamat ni asyik kacau aku je,nak buat kerja pun tak boleh.Aku mempercepatkan kerjaku.Selesai kerjaku,aku terus mencapai tudung sebelum keluar daripada bilik dan duduk di taman.Inilah sebabnya aku mahu berpindah,dia asyik mengganggu aku sahaja.Jika aku berpindah,aku mahu duduk di bilikku tanpa gangguan sesiapa terutamanya dia.
Aku sudah membuat keputusan!Aku akan memberitahu ibu bahawa kami akan berpindah.
Selepas makan malam,aku membantu ibu mengemas meja.Oppss,lupa pula hendak beritahu.Ibu adalah emak Aqil.Sambil mengemas,aku memberitahu hasrat untuk berpindah.
“Ibu,abang Aqil suruh Min cakap ni pada Ibu,”kataku sambil mengelap meja.Ibu memandangku kehairanan.
“Cakap apa Min?”
“Em,abang Aqil nak pindah.”kataku sengaja melibatkan Aqil dalam hal ini walhal dia tidak mengetahui apa-apa.
“Ha?Kenapa nak pindah pula?Duduk dengan ibu tak boleh?”Ibu jelas kelihatan terkejut dengan penyataanku.
“Abang kata dia kesian tengok Min.Yela,nak keluar bilikpun kena pakai tudung.Tak ada privasi katanya.”Ha,padan muka kau Aqil,pandai-pandailah kau nak jawab dengan ibu nanti!
“La,tak kan sebab tu pun dia nak pindah.Kamu ikut sekali ke?”tanya Ibu kepadaku.
“Em,kalau abang pindah,mestilah Min ikut,tak kanlah Min nak biar dia duduk sana sorang-sorang?”kataku ceria.Ibu macam nak bagi aku pindah je ni.Kalau macam tu,baguslah.
Aqil tiba-tiba datang ke dapur untuk memanggilku.Malangnya,Ibu ternampak kelibat Aqil dan terus memanggilnya.
“Aqil,betul ke Aqil nak pindah?Tak nak duduk kat sini lagi ke?”tany Ibu sayu.Aqil terkejut mendengar soalan itu dan memandangku.Aku hanya menjungkitkan bahu.
“Mana ada Aqil kata nak pindah!Mana ibu dengar cerita ni?”tanya Aqil dengan suara yang sedikit keras.Aku rasa dia dah tahu itu kerja aku.
“Min yang cakap tadi.Tak kanlah isteri kamu nak tipu pula?”Aqil terus memandangku.Dia merenung tajam.Aku sedikit kalut.Namun,aku hanya berbuat selamba dengannya.Aku merapati Aqil.Aqil tidak lepas dari memandangku.Dia marah aku ke?Rasanya tak.Tapi kalau dia marah pun,apa dia boleh buat,benda dah jadi.
“Awak,tolonglah saya.Saya memang nak pindah.Lagipun,tak kan awak nak cakap dengan ibu yang awak tak tau kita nak pindah.Malulah awak nanti.”bisikku sinis di telinganya.
“Ha’ah ibu.kami memang nak pindah.”jawabku bagi pihak Aqil apabila dia hanya mendiamkan diri.
“Kamu dah fikir masak-masak ke ?”tanya Ibu lagi.
“Ya.”jawabku tanpa menunggu jawapan Aqil.Aqil terus menarik tanganku dan memaksa aku mengikutnya.Aku terpinga-pinga dengan kelakuannya.Aqil membawa aku masuk ke bilik dan menghempas badanku di atas katil.Kemudian,dia mengunci pintu.Aku berasa kecut.Inilah kali pertama aku melihat Aqil marah.
Aqil berdiri di hadapanku.Dia memegang kedua-dua bahuku apabila aku ingin berdiri.
“Kenapa Min cakap macam tu pada Ibu?”tanyanya keras.Aku hanya mendiamkan diri.
“Min,jawab soalan abang ni!”Aku semakin kecut.Aku takut dia akan melakukan sesuatu kepadaku.
“Kan saya dah cakap dengan awak saya nak pindah.Awak tu yang tak faham!Sebab tu saya pergi cakap dengan ibu terus.”
“Abang tak nak pindah!Min nak pindah,Min pergilah pindah sendiri!”katanya sambil menolakku ke almari pakaian.Aku geram dengan tindakannya.Aku segera mencapai beg bajuku dan memasukkan seberapa banyak bajuku ke dalam beg tersebut.Aku nekad.Aku ingin keluar dari rumah ini secepat mungkin.Aqil pula tidak menahan perbuatanku.Air mataku mengalir tanpa aku sedari.Aku tidak pasti sebab aku menangis.
Aqil menghampiriku apabila melihat air mataku tumpah.Dia memeluk aku dari belakang.Kemudian dia mengusap tubuhku.Mungkin dia cuba menenangkanku.Aku menolak tangannya kerana aku tidak mahu dia menyentuh tubuh badanku.Aku berasa sakit hati dengannya.Dia buat aku macam sampah,senang-senang je nak pujuk aku?Eh,boleh blalah!
Aku terasa tangan Aqil kembali berada di pinggangku.Semakin kuat aku menangis.
“Dahlah sayang.Abang minta maaf.Tadi abang tak sengaja.”pujuk Aqil.Tak sengaja dia kata?Dia ingat aku ni apa?Aku hanya mendiamkan diri.Aqil mengusap badanku perlahan.Sentuhannya membuatkan aku terbuai seketika.Tetapi,cepat-cepat aku bangun dan melangkah ke pintu.Aqil berlari mendapatkan aku.
“Min,betul-betul nak pindah ke?”Aku mengangguk.
“Okeylah,kita pindah,tapi janganlah pergi sekarang ye?”pintanya lembut.Aku tersenyum kemenangan.Oh,senang rupanya untuk membuat dia mengikut telunjukku!Aku berpatah balik dan duduk di birai katil.Aku merebahkan diri di situ dan tertidur kepenatan.
BAB 5
Sudah seminggu aku berpindah ke rumah Aqil yang terletak di Damansara.Maknanya,sudah seminggu juga aku tidur di kamarku sendiri.Sebaik sahaja pindah ke sini,aku terus memberi syarat kepada Aqil.
“Awak tak dibenarkan sama sekali masuk ke dalam bilik saya dan jangan risau,saya pun tak ingin masuk bilik awak.Lepas tu,kita mesti jarang bertemu walaupun tinggal di dalam satu rumah.Saya tak nak tengok muka awak.Bila saya ada kat dalam bilik,awak boleh keluar dari bilik awak tapi bila saya kat luar bilik,saya nak awak masuk bilik awak.Jangan bagi saya nampak muka awak!Kita juga akan buat kerja masing-masing dan abaikan kehadiran satu sama lain.Saya tak kan masuk campur dalam urusan peribadi awak dan saya tak nak awak masuk campur urusan peribadi saya!”jelasku panjang lebar kepadanya.Aqil mengerutkan dahi.Lama dia mendiamkan diri tetapi akhirnya dia bersetuju.
Selama seminggu di sini,hanya dua kali sahaja aku melihat kelibatnya. Nampaknya dia memang mematuhi arahanku.Baguslah!Aku gembira dengan perlakuannya.
Seminggu selepas itu,ibu dan ayah mertuaku datang menjenguk kami.Kehadiran mereka yang tidak dijangka membuatkan kami sedikit kalut terutamanya apabila mengenangkan kami tidur di bilik berasingan.Mereka ingin menetap di sini selama seminggu!Habislah aku!
Selepas makan malam,aku dan Aqil mengemaskan sisa-sisa makanan.”Awak,macam mana ni?Ibu dan ayah nak tidur kat sini.Tak kan kita nak tidur asing-asing juga?”tanyaku penuh gelisah.Dia hanya menjungkitkan bahu.
“Abang tak tau.Min yang pandai-pandai nak tidur bilik lain,Min lah yang kena selesaikan masalah ni.Sendiri!”Dia terus berlalu ke ruang tamu membiarkan aku terkial-kial sendirian.Alamak,macam mana ni?Buntu aku memikirkan penyelesaiannya.
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berpindah ke bilik Aqil tetapi hanya sementara.Setelah menunjukkan ibu dan ayah bilik mereka,aku duduk di ruang tamu menonton televisyen manakala Aqil masuk ke dalam biliknya.Dia tidak pula bertanya bagaimana aku menyelesaikan masalah yang menimpaku tadi.Tetapi aku sedar,jika dia bertanya begitu,aku bukan menjawab soalannya malah memakinya.
Sambil menonton televisyen,fikiranku menerawang jauh mengingatkan arwah Irfan.Entahlah!Walaupun sudah berkahwin,bayangan arwah Irfan masih sukar untuk aku hapuskan dari minda ini.Fikiranku semakin jauh.Tanpa disedari,aku tertidur di ruang tamu dan hanya terjaga apabila terdengar bunyi guruh yang agak memeranjatkan.
Aku terus bangun dan menuju ke bilik Aqil.Sebenarnya,aku agak takut mendengar bunyi guruh.Entah mengapa,aku sendiri tidak mengerti. Sebaik sahaja masuk ke bilik aku melihat Aqil sudah pun tertidur diatas katil.Eh,mana aku nak nak tidur ni? Aku pergi ke almari dan cuba mencari selimut atau apa pun yang boleh aku jadikan alas untuk tidur di atas lantai.Namun,pencarianku hanya sia-sia.Aku tidak menemui apa-apa di almari kecuali pakaian milik Aqil.
Nampaknya aku terpaksa tidur di sebelah Aqil.Nasib baik dia dah tidur.Kalau tidak,takut juga aku untuk tidur di sebelahnya.Aku merebahkan diri di sebelahnya.Aku mengecutkan diri kerana takut tersentuh tubuh Aqil.
Dumm!!Kedengaran bunyi guruh yang agak kuat.Serentak itu,aku terpeluk Aqil yang sedang lena tidur.Aku membenamkan muka di dadanya.Aku terlampau takut untuk melepaskan Aqil.Aku berasa selamat di sampingnya.
Aku merasakan Aqil mula bergerak-gerak.Alamak dia dah terjagalah!Aku segara merungkaikan pelukanku dan menjarakkan diri.Aqil mula membuka matanya.Dia tersenyum memandangku.
“Kenapa Min ada kat sini?Dulu bukan main lagi bagi syarat nak duduk bilik sendiri.Sekarang Min yang masuk bilik abang?Hei,peliknya.Min nak tidur dengan abang ke?”tanyanya sambil tersenyum nakal.Aku mengerti maksud senyumannya itu.Pantas aku menggeleng.
“Habis tu,kenapa baring kat katil abang ni?Tu bukan melambangkan Min nak tidur sebelah abang ke?”Aqil tersenyum lagi.
Belum sempat aku membalas ucapannya,kedengaran bunyi guruh lagi.Kali ini agak kuat berbanding tadi.Aku terlampau terperanjat dan tidak menyedari bila tanganku erat mendakap tubuh Aqil.Aku hanya menyedarinya apabila ada usapan lembut di rambutku.Aku terlalu malu untuk mengangkat wajahku tetapi aku lebih malu untuk memeluk dirinya lebih lama.Aku melepaskan pelukanku.Aku malu memandang mukanya.
“Oh,Min takut guruh eh?Sebab tu ke Min baring kat sebelah abang ni?La,kenapa tak cakap awal-awal?Kasihan,Min.”Penyataan tadi itu membuatkan aku terharu.Aku memandang Aqil.
“Tapi tadi awak tengah tidur.Takkanlah saya nak tiba-tiba kejut awak tengah malam ni?”Aku berpaling daripada menatap wajah Aqil.Malu mahu melihat wajahnya.
Bunyi guruh yang kedengaran tidak aku endahkan walaupun tubuhku sudah mula menggigil.Aqil pantas menarik aku ke dalam rangkulannya.Aku terkedu dengan tindakannya.Namun,tidak pula aku cuba memboloskan diri daripada pelukannya.Aku berasa tenang dan selamat dalam rangkulannya.Aku hanya membiarkan dia memeluk diriku.Akhirnya,aku tertidur di dalam pelukan Aqil.
BAB 6
“Yana,kenapa ada dua bilik yang lengkap dengan semua benda? Bilik ibu tu ada tv,air-cond dan macam-macam lagilah.Pelik ibu bila memikirkannya.”Ibu tiba-tiba bertanya soalan itu semasa kami sedang bersantai di taman.Kami bersantai di taman yang terdapat di halaman rumahku.Taman ini sungguh indah terutamanya apabila memandang air pancuran yang terdapat di sini.Pandai sungguh Aqil menghiasnya.
“Oh,bilik yang ibu duduk tu bilik kerja kami.Bila kami ada kerja,kami duduk situ.Kadang-kadang tengok tv kat situ.”Aku cuba menyembunyikan hal sebenar daripada pengetahuan ibu.Sebenarnya bilik yang ibu duduk itu adalah bilik aku.
“Oh,patutlah ibu tengok bilik tu kemas je.Kamu guna juga bilik tu rupanya.”Aku tersenyum.
Ibu banyak membantu aku menyiapkan kerja rumah terutamanya apabila aku lewat pulang.Aqil pula tiada di rumah selama empat hari atas urusan kerja.Jadi,aku tidak perlu bimbang utnuk tidur di dalam biliknya.
Ibu dan ayah pulang seminggu kemudian.Aku terus demam panas.Aku terpaksa meminta cuti.Aqil turut meminta cuti untuk menjaga aku yang sakit di rumah.Nampakya dia bimbang akan kesihatanku.
Semasa aku demam,Aqil menjaga aku seperti seorang puteri.Apa yang aku inta akan diberikan segera.Dia menjaga aku dengan bersungguh.Pelik juga aku kenapa dia beria-ia menjaga aku.Adakah Aqil sudah mula menyayangi aku kerana aku isterinya? Persoalan aku menemui jalan buntu kerana aku tidak berani untuk menanyakan soalan itu.
Kadangkala,Aqil tertidur di sisi katilku kerana menjagaku.Kasihan juga aku melihat dia.Aku berharap aku tidak perlu menyusahkan dia tetapi apakan daya.Aku juga sering meracau pabila malam menjelma.Aqil yang sering berada di sisiku untuk menemaniku.
Sedikit sebanyak,perbuatannya menjaga aku itu berjaya membuka sedikit ruang untuknya di hatiku.Aku berasa terharu dengan layanan baik yang sentiasa diberikan.Sejak itu,aku tidak lagi bersikap endah tak endah dengan kehadirannya.Kami sudah boleh bergelak ketawa.Tanpa aku sangka,Aqil adalah seorang lelaki yang agak kelakar.Dia selalu dapat membuatkan aku ketawa sampai bergolek-golek apabila mendengar cerita lucunya.
Kami dijadualkan akan berbulan madu sebulan lagi.Aku tidak tahu ke mana kami akan pergi berbulan madu.Aku pernah bertanya kepada Aqil tetapi dia berkata biarlah dia seorang sahaja yang tahu kerana dia ingin membuat kejutan kepadaku.Aku takut juga jika dia sudah merancang yang bukan-bukan tetapi seringkali dia menghalang aku berasa risau.
Aku takut juga sekiranya apa-apa terjadi di sana.Iyalah,tempat orang,mana aku tahu.Aqil telah bersiap sedia sejak awal lagi.Dia sudah meminta cuti selama dua minggu.Tidak sabar katanya.Aku hanya mampu ketawa melihat perangainya yang kadangkala seperti kanak-kanak yang sudah besar tetapi masih comel.
Walaupun sekarang kami sudah berbaik,aku masih tidak membenarkan Aqil menyentuh diriku.Bukan kerana jijik dengannya tetapi...entahlah.Aku tidak tahu apa yang bermain di fikiranku.Namun begitu,Aqil mengambil kesempatan di atas kebaikanku.
“Min,kenapa Min susah sangat nak terima abang sebagai suami Min?”Soal Aqil pada suatu hari.Aku yang sedang menonton televisyen berpaling sekilas melihat Aqil yang duduk di sisiku sebelum berpaling kembali menghadap televisyen.Aqil ketawa melihat telatahku.Aku pelik mendengar ketawanya lantas berpaling menghadapnya.
“Kenapa awak ketawa?Saya rasa saya tak buat lawak pun tadi!”Aku merenungnya tajam.
“Iyalah,bila abang tanya soalan,Min pandang abang.Abang ingatkan Min nak jawab soalan abang tapi Min pusing balik menghadap tv.Tu yang abang tak tahan nak ketawa.”Aqil terkekeh ketawa.Hish mamat ni,benda tu tak adalah lawak sangat sampai nak tergelak,omelku sendirian.
“Apa Min cakap tadi?”Aku terkejut mendengar soalan Aqil yang tiba-tiba itu.
“Hah? Ma..mana ada Min cakap apa-apa!”Tergagap-gagap aku menjawab soalannya.Aqil tersenyum memandangku.
“Ni mesti kutuk abang belakang-belakang ni!”Aqil mengoyangkan jari telunjuknya di hadapan mataku.Aku hanya menayang muka selamba.Biarlah apa dia nak fikir pun!
“Eh,tadi Min bahasakan diri Min,Min.Dah tak guna saya lagi!”Nada suara Aqil kedengaran seperti ingin mengusikku.
Aku cuba mengingati kembali kata-kataku sebentar tadi.Serta merta wajahku merona merah.Baru aku teringat aku membahasakan diriku Min sebentar tadi.Aku tunduk.Aku malu untuk memandang mukanya.Tetapi bila aku berfikir secara rasional,aku tahu tiada salahnya aku membahasakan diriku Min.
Aku mengangkat muka.Aqil sedang merenungku.Aku cuba melawan pandangan matanya walaupun aku tahu aku akan tewas kerana renungan matanya menusuk kalbu.
“Apa salahnya kalau saya bahasakan diri saya Min?Saya rasa tak dosa pun!”Aku meninggikan suara.
“Memanglah tak salah.Tapi selama ni,Min tak pernah bahasakan diri Min,Min.Min selalu bahasakan diri Min,Yana atau saya.Lagipun panggilan Min tu kan abang seorang yang guna untuk panggil Min yang abang sayang.Abang cipta nama tu supaya Min akan ingat abang sebaik sahaja dengar nama Min.Lagipun,abang berbeza dengan orang lain.Abang suami Min dan abang nak jadi orang yang paling istimewa dalam hidup Min.”Serentak itu,Aqil menghadiahkan kucupan dipipi kiriku.Mata sebelah kiriku terkedip apabila Aqil mengucup pipiku.Aqil mungkin mentafsirkan kerdipan itu sebagai isyarat bahawa aku menyukai perlakuannya dan mula bertindak lebih jauh.
Aqil mula mensasarkan ciumannya ke bibirku.Aku seolah-olah terpaku dengan setiap sentuhan yang Aqil lakukan.Apabila bibir kami hampir bertaut,wajah arwah Irfan menjelma di fikiranku.Aku didatangi perasaan bersalah.Dengan pantas,aku menolak badan Aqil dan lari masuk ke bilikku.Aku menangis kerana perasaan bersalah.Aku rasa seperti aku telah menduakan cintaku.Aku telah berjanji dengan arwah Irfan aku akan menyintai selagi hayat dikandung badan tetapi sebentar tadi aku bermesra dengan orang lain.
Aku mendengar ketukan bertalu-talu di pintu.Aku tahu yang mengetuk pintu itu pastilah Aqil kerana tiada orang lain lagi di rumah ini selain kami berdua.Aku hanya membiarkan ketukan di pintu.Aku berasa amat bersalah walaupun secara Islam,Allah menghalalkan apa yang berlaku di antara aku dan Aqil.Namun begitu,di dalam hatiku,begitu sukar untuk membuang kenanganku bersama arwah Irfan.
BAB 7
Aku sudah pun meminta cuti daripada pihak atasan atas alasan ingin berbulan madu.Ketuaku,Encik Rashid mengatakan wajahku berseri-seri semasa ingin meminta cuti.Pada mulanya aku agak terkejut dengan penyataannya tetapi kemudian aku ketawa kerana ingin mengaburi mata Encik Rashid.Muka aku berseri-seri masa nak minta cuti?Eh,biar betul?Aku rasa muka aku macam biasa je.Alah,biarlah...tak penting pun.
Fatimah,rakan seperjuanganku juga mengatakan sebegitu.Eh,pelik aku!Tak kan lah muka aku berseri-seri sebab nak pergi bulan madu?Aku bukannya nantikan sangat pun bulan madu ni.Aku cuma melunaskan perkara yang dikira harus dibuat selepas kahwin tanpa sebarang perasaan.
Akhirnya,tiba saatnya untuk kami berbulan madu.Ketika sampai di lapangan terbang,aku tercengang apabila mengetahui kami akan pergi berbulan madu di Korea.Yay! Korea adalah destinasi yang telah menjadi idamanku sejak kecil lagi.Aku berasa sungguh gembira dan terharu.Aku gembira kerana dapat pergi ke Korea dan berasa terharu kerana Aqil macam tau-tau je aku memang nak pergi Korea.
Semasa di dalam kapal terbang,aku begitu teruja sehingga aku tidak dapat melelapkan mata seperti yang selalu aku lakukan setiap kali aku menaiki kapal terbang.Aqil yang berada di sebelahku hanya tersenyum melihat telatahku.Macam-macam yang aku bercerita kepadanya sepanjang perjalanan.Dia lebih banyak mendengar daripada bercakap.
Setelah berjam-jam di dalam perut kapal terbang,akhirnya kami sampai ke destinasi yang sangat aku nantikan.Sebaik sahaja sampai di sana,kami terus pergi ke hotel untuk merehatkan diri.Pada mulanya,aku agak terkejut kerana hanya terdapat satu katil sahaja di dalam bilik itu.Tetapi aku tahu pakej bulan madu memang hanya ada satu katil sahaja setiap bilik.
Selepas menyusun pakaianku di dalam almari baju,aku ke bilik air untuk membersihkan diri yang agak berlengas.Pintu bilik air itu tidak boleh dikunci kerana tiada selak di situ.Aku agak takut juga sekiranya semasa aku mandi,Aqil akan masuk secara mengejut jadi aku memberi amaran kepadanya.
Aqil tidak mengendahkan amaran itu dan masuk ke dalam bilik air semasa aku sedang mandi.
“Apa awak buat kat sini?”aku memarahi Aqil kerana dia tidak mengendahkan kata-kataku.
“Buat apa?Apa jenis soalan tu?Dah kalau masuk bilik air,mestilah nak mandi!Apalah,Min ni,”kata Aqil sambil ketawa.Matanya pula tertancap pada tubuhku yang terdedah.Cepat-cepat aku mencapai tuala dan membaluti tubuhku.Aku menjeling geram.
“Aqil,tolonglah keluar.Saya tengah mandi ni!Nanti bila saya dah habis mandi,baru awak masuk balik untuk mandi,okey?”aku cuba berdiplomasi dengannya.Aqil mengangguk dan berlalu pergi.Aku pelik dengan sikapnya kerana terlalu cepat dia menurut kata-kataku.Namun,aku senang dengan sikapnya.Aku menyambung urusanku yang belum selesai.
Semasa aku sedang memakai baju,Aqil muncul dihadapanku.Eh,pelik bin ajaib Aqil ni.Tadi bila aku suruh keluar,dia keluar tapi lepas je aku habis mandi,dia masuk balik.Aqil tersengih.
“Min kata bila Min dah habis mandi abang boleh masuk,kan?Here I am!”
“Memanglah saya ada cakap macam tu tapi saya tak bermaksud yang sebaik sahaja saya habis mandi awak masuk.Maksud saya,bila saya dah siap mandi,dah pakai baju dan dah siap sedia.Bukan masa saya tengah pakai baju.”Aku menerangkan satu persatu perkara kepadanya.
Aku terlupa tubuhku hanya dibaluti tuala ketika itu.Aqil pula begitu asyik memandang tubuhku yang terdedah.Dia pantas mengendongku dan membawa aku ke arah katil.Aku terperanjat dengan tindakan spontannya itu.Aqil meletakkan aku di atas katil.Dia merenungku dengan pandangan mata yang sukar ditafsirkan.Aku takut dia sudah merencanakan sesuatu di fikirannya.
Aqil mengusap tubuhku.Sentuhannya amat mendamaikan.Aku berasa tenang dengannya.Pada mulanya,aku ingin memarahi Aqil tetapi sentuhannya melemahkan urat sendiku.Buat kali pertama dalam perkahwinan ini,aku merelakan perbuatannya.Secara perlahan-lahan,Aqil merebahkan tubuhku di atas katil.Aku hanya menurut kerana aku terpukau dengan sentuhannya.
Aqil mengucup dahiku.Aku teringat kucupan pertamanya semasa majlis akad nikah kami.Kemudian,kucupannya singgah di pipiku.Aku benar-benar lemah dengan sentuhan Aqil.Aqil memandang bibirku.Aku pula memandang matanya.Dadaku berdebar-debar.Nafasku mendesah hebat.Kemudian,kami saling bertatapan.
Tanpa aku sedari,tanganku memeluk lehernya dan bibir kami bertaup.Agak lama kami berkeadaan begitu sebelum Aqil melepaskan pelukanku.Aku terkejut dengan perubahan sikapnya.Tadi dia yang menggoda aku,sekarang dia yang tidak mahu.Aku memandang Aqil.Dia sedang merenungku.
“Ab..abang belum mandi lagi,”tergagap-gagap dia berbicara.Dia bangun lantas masuk ke dalam bilik air.Tidak lama kemudian,bunyi pancuran air kedengaran.Aku mencapai baju kurung dan menyarungnyaAku malu dengan kejadian tadi.Aku telah merelakan suamiku menyentuh tubuhku.Walaupun malu,jauh di sudut hatiku,aku gembira dengan situasi yang baru berlaku sebentar tadi.Tapi aku hairan dengan sikap Aqil.Kenapa dia pula yang segan dengan aku bila aku dah bersedia?
Belum sempat soalanku terjawab,wajah Aqil terpacul dihadapan bilik air.Aqil hanya bertuala. Aqil menapak mendekatiku.Aku bangun dari pembaringan dan menuju ke meja solek.Aku duduk di hadapan meja solek sambil menilik wajah Aqil yang sedang menekur di birai katil dari pantulan cermin.Sepi menemani kami berdua.Setelah mendiamkan diri agak lama,aku bangun mencapai tudung dan menuju ke pintu untuk keluar.Belum sempat aku memulas tombol pintu,aku merasakan ada pelukan di pinggangku.Aku terpana dengan tindakan deras Aqil.
Aqil memusing tubuhku supaya menghadapnya.Aku tunduk memandang lantai.Kakiku menguis lantai dengan harapan dapat menghilangkan rasa gementar yang bertandang tanpa diundang.Aqil memaut tubuhku erat sehingga susah untuk aku bernafas.Tanganku memukul-mukul dadanya supaya dia melepaskan aku.Hish,janganlah dia buat apa-apa!
BAB 8
Aku menolak Aqil sekuat mungkin dan berlari menuju ke pintu.Aku segera keluar dari bilik kerana bimbang Aqil akan melakukan sesuatu kepadaku.Aku turun ke lobi.Aku terlihat sesuatu yang menarik minatku iaitu aiskrim!Em..sedapnya kalau aku dapat makan aiskrim ni.Waktu itu aku sudah lupa apa yang baru sahaja berlaku tadi.Aku melangkah ke cafe yang menjual aiskrim itu.
Wow,banyaknya jenis aiskrim!Ini yang buat aku suka ni!Setelah memilih aiskrim yang aku sukai dan membayar jumlah wang yang secukupnya,aku duduk di satu tempat yang agak tersorok.Sedang enak menikmati aiskrim,tiba-tiba aku terasa seperti ada orang duduk disebelah aku.
Aku berpaling untuk melihat siapa yang duduk di sebelahku.Aku agak terperanjat melihat Aqil tetapi aku cuma menayangkan muka selamba dan kembali menghadap aiskrimku yang masih bersisa.Aku diam menikmati aiskrimku manakala Aqil pula diam disebelahku.Sebaik sahaja aku selesai menikmati kelazatan aiskrim,Aqil terus menarik aku pergi.
“Hei,apa main tarik-tarik ni?”aku terkejut dengan tindakan deras Aqil.Dia makin mengeratkan pegangannya padaku.
“Hei,lepaslah!”Aku cuba melepaskan diri.Aqil terus sahaja menarik tanganku.
“Ih,pekak ke?Saya cakap lepas,lepaslah!”Aku menggunakan sekuat tenaga untuk melepaskan diri.Namun begitu,aku tetap tidak dapat melepaskan diri kerana tenaga Aqil lebih kuat daripadaku.
Sebaik sahaja sampai di bilik,Aqil menghempas tubuhku ke atas katil.Aku tersentak dengan tindakan derasnya.Namun begitu,aku memilih untuk mendiamkan diri kerana ini kali pertama aku melihat Aqil marah.
“Kenapa dengan Min ni ha?Abang bukannya buat apa pun pada Min tapi Min dah lari jauh-jauh daripada abang!Kenapa Min benci sangat dengan abang ni?apa salah abang?”Meledak suara Aqil.Aku kecut perut mendengar suaranya dan hanya menundukkan muka memandang katil.
“Min,abang tengah cakap dengan Min ni!bukan dengan tunggul kayu!Jawablah!”Aqil menarik tanganku untuk bangun dari katil.Aku hanya menurut kerana pada saat ini,adalah lebih baik untuk aku mengikut sahaja kehendaknya sebelum dia lebih berang denganku.
“Min!”Aqil menarik tanganku dengan lebih kuat.Aku tetap mendiamkan diri.Sebenarnya aku agak takut pada Aqil sekarang.
“Tolonglah,Min!Kenapa Min selalu menidakkan perasaan Min?Abang tahu Min sebenarnya ada hati pada abang,kan?”Pertanyaan Aqil berjaya membuatkan aku mengangkat muka memandangnya.
“Hah???Hei,jangan nak main-main eh?Bila masa pulak saya cakap saya suka awak?”Hisy dia ni!suka-suka je cakap aku ada hati kat dia!
“Eleh..jangan nak bohonglah!Abang tahulah.Abang nampak!”Nada suara Aqil seperti ingin mengusikku.
“Mana ada!Awak ni!Pandai-pandai je buat conclusion sendiri!”Aku cuba menidakkan andaian Aqil!Argh!Tak mungkinlah aku sukakan Aqil!
“Eleh..tak payah nak sembunyi lagi.Abang boleh nampak perasaan Min.”Aku hanya mendiamkan diri.Lagi dilayan,lagi banyak andaian yang mula bermain di fikirannya.Aku berjalan menuju ke bilik air.
Tiba-tiba Aqil menarik tanganku.Aku terkejut dan lantas berpaling.
“Kenapa?”tanyaku hairan.Dia hanya senyap memandangku.Aku mula rimas.Aku cuba menarik tanganku semula tetapi lagi kuat aku tarik,lagi kuat dia genggam.
“Awak nak apa main tarik-tarik tangan saya ni?”Aku bertanya geram.
“Emm...malam ni Min tidur ngan abang,kan?”Dia bertanya gagap.
“Hah?Kenapa pulak?”Aku pelik dengan soalannya.
“Yela..dalam bilik ni kan ada satu katil je.Kita kenalah tidur atas katil sama-sama.”Aqil mula tersenyum nakal.Mukaku memerah.
“Hahaha....muka Min merah.”Aqil ketawakan aku!Bengong je mamat ni!Aku memuncungkan bibir.
“Min bila marah nampak lagi comel!”Hah?Aqil cakap aku comel?Ih, segannya.
“Jangan nak mengarut pulak eh!Kan katil dalam bilik ni besar.King size.Awak tidur kat hujung sebelah kiri,saya tidur kat hujung sebelah kanan,paham?”
“Em..ok!tapi abang tak tanggung kalau ada apa-apa jadi.”Aqil ni!Suka sangat usik aku.Aku terfikir untuk mengusiknya.
Aku mendekatkan mukaku dengan mukanya.Aqil berundur sikit ke belakang.Aku nampak mukanya nampak cuak.Haha!mesti dia ingat aku nak cium dia.Aku dekatkan lagi muka aku.Aqil pula makin lama makin ke belakang.
“Apa Min nak buat ni?”Aqil bertanya cuak.Aku hanya membisu.Aku masih lagi mendekatkan mukaku.Dia tetap berundur sehingga tiada ruang lagi untuk dia berundur.Haha! Habislah kau Aqil!
Jarak antara mukaku dan mukanya semakin berkurangan. Aku berpura-pura untuk mengucupnya.Aqil menutup matanya.Mungkin dia sedang menanti aku mengucupnya.Apabila hidungku mula bertemu dengan hidungnya,aku melepaskan tawa.Tawa yang amat kuat.Aqil membuka mata.Dia nampak terkejut.
“Seronok tak kena usik?”Aku masih lagi ketawa.Haha!Padan muka kau!Suka sangat usik aku!
“Min!!”Aqil menjerit.Mungkin dia tak sangka aku akan usik dia.Aku segera menarik tanganku dari genggamannya dan berlari ke bilik air sambil ketawa.
BAB 9
Setengah jam kemudian,aku keluar dari bilik air setelah selesai membersihkan diri.Aku lihat Aqil sudah terlelap di atas katil. Perlahan-lahan aku menghampirinya. Aku melambai-lambai di hadapan mukanya. Tak ada respons pun!Hmm..dah tidurlah tu. Aku melabuhkan punggung hampir dengannya.
Aku pandang muka Aqil.Macam mana nak gambarkan perasaan aku pada dia ni? Nak cakap sayang,tak tahulah.Nak cakap benci pun tak jugak.Dia selalu je baik dengan aku.Aku je yang macam tak paham dengan perasaan aku sendiri. Tanpa aku sedari,tangan kananku terangkat untuk menyentuh rambutnya.Aku melurutkan tanganku di kepalanya.Rambutnya terasa lembut di jari-jariku.Ada satu perasaan terbit dalam hatiku.Sedang aku leka menatap wajah Aqil,ada satu tangan kekar yang tiba-tiba melekap di atas tanganku.
Kerana terkejut disentuh tiba-tiba,aku menjerit dan terus bangun dari katil.Aqil yang menyentuh tanganku terkejut dengan tindakanku lantas bangun dan memeluk aku.Hei,dia ingat aku ni budak kecik ke?Nak peluk-peluk pulak bila aku jerit.Cepat-cepat aku tolak badan Aqil dari melekap dengan badanku.
“Kenapa?”tanya Aqil pelik.
“Kenapa apa?”aku pulak yang hairan dengan soalan dia.
“Yela,kenapa Min jerit?Pastu bila abang peluk,Min tolak pulak.Kenapa?”Aqil bertanya sekali lagi.
“Awaklah!Tiba-tiba je sentuh tangan saya!Terkejut saya tau tak?”Aku memarahi Aqil.
“Min yang main-main dengan rambut abang!Sebab Minlah abang terjaga.Pastu abang rasa macam pelik je ada orang sentuh rambut abang,abang sentuhlah.Manalah tau kot-kot tangan hantu ke.”Aku ketawa mendengar kata-kata Aqil.
“Mana ada hantu kat dunia ni.Apalah awak ni!”
“Taulah.Baru bangun tidur kan mamai,macam-macam tak ingat.Eh jap!Kenapa Min sentuh rambut abang time abang tidur tadi?Amacam?Lembut tak rambut abang?”Aqil berkata sambil mendekatkan dirinya dengan diriku.Mukaku memerah.Malu dengan soalan straight forward Aqil.
“Em..tak ada apa-apalah.Saja je.”Aku kalut memberikan jawapan yang sesuai.
“Saja?Abang tak percayalah!Ala,Min...cakaplah.Ke Min nak ambil kesempatan pada abang time abang tengah tidur?Ha!Min nak buat tak senonoh pada abang eh?Eeee...”serentak dengan itu,dia menjarakkan diri.
“Hei,tolonglah!Siapa yang buat tak senonoh?Saya ke awak?Siapa yang sibuk masuk bilik air time orang tengah mandi?Bukan awak ke?Ada ke saya masuk dalam bilik air time awak tengah mandi?”
“Bukannya dosa pun.Apa Min punya,abang punya jugak.Jadi suka hati abanglah kalau abang nak masuk bilik air masa Min tengah mandi pun.”Aqil mengenyit matanya.Mukaku berbahang kerana aku faham apa yang dia maksudkan.Buat malu aku je dia ni.
“Itu memang betul tapi kita kahwin bukan sebab cinta,kan?Jadi,awak janganlah ceroboh privasi saya bila-bila masa je yang awak nak!Saya tak kacau privasi awak,jadi awak jangan kacau privasi saya!Faham?”Aku mula bengang dengan sikap Aqil.
“Tapi,tak semestinya kahwin tanpa cinta tak bahagia.Boleh sebenarnya tapi Min yang macam tak nak.Sibuk ingat boyfriend Min yang dulu tu!Min tau tak,lelaki tu dah mati!”
Paannggg!!!
Tanpa disedari,aku menampar Aqil.Sebenarnya,aku masih dalam keadaan terkejut mendengar kata-kata Aqil.Aku tak suka dia bangkitkan pasal arwah Irfan.Aqil memegang pipinya yang baruku tampar.Mukanya kelihatan terkejut.Perasaanku bercampur baur.Aku bengang,sakit hati dan marah giler dengan Aqil!Tapi aku juga rasa bersalah kerana telah menampar dia!Hisy,susahnya macam ni!Apa aku nak buat sekarang ni?Aku nampak muka Aqil merah.Tapi aku tau tu bukan merah sebab malu tapi merah sebab marah dengan aku.Kenapalah sejak akhir-akhir ni aku asyik cari pasal dengan Aqil je?Siapa-siapa,tolonglah aku,aku dah takut giler ni!
Aqil menghampiri aku.Alamak,apa dia nak buat dengan aku ni??Hatiku berdegup laju.Aqil memandang tepat ke dalam mataku.Aku nampak matanya bergenang.Macam nak nangis je mamat ni!Ala,janganlah nangis.Aku tak tau nak pujuk orang nangis.Tapi takkanlah lelaki nak nangis en?
Tiba-tiba aku terasa tubuhku ditolak.Aku terpana!Aqil berlalu dan keluar dari bilik kami.Aku ingin mengejarnya tetapi aku teringat kepalaku tidak bertutup.Aku segera mencapai tudung untuk mengejarnya.
Namun begitu,kelibat Aqil tak aku jumpa.Aku tahu,dia mesti kecewa dengan aku sebab aku sanggup tampar dia,suami aku sendiri!Mengingati aku ini isterinya dan aku telah berbuat dosa,aku tetap mencari Aqil.Habis satu hotel aku pusing,aku keluar pulak,nak cari Aqil kat luar.Walaupun dah malam dan aku rasa takut jalan-jalan seorang diri malam-malam ni,aku tetap mencari Aqil.Aku mesti minta maaf daripada dia!
Sedang aku berusaha mencari Aqil,bahuku tiba-tiba disentuh.Aku terkejut.Aku rasa semacam je.Aku berpaling.Lelaki yang memegang bahuku cuba untuk mencumbuku.aku segera menolak tubuhnya.Siapa dia ni?Aku berusaha menjauhkan diri daripadanya. Namun begitu, dia menarik kembali tanganku.
“Don’t you dare touch me!Get lost!!”Hei,mana pula Aqil ni.Time-time aku perlukan dialah dia tak ada.Lelaki itu mendekatkan mukanya dengan mukaku.Tangannya pula merayap liar di tubuhku.Aku tetap menolak tubuhnya walaupun aku sedar kuasanya sebagai lelaki lebih kuat.
“Tolong!Tolong!”Aku dah tak tahan.Air mata aku mengalir deras.Lelaki itu semakin mendekati aku.
Tiba-tiba tubuhku ditarik oleh seseorang.Aqil!Haih...nasib baik.Kehadiran dia memang tepat pada waktunya.Aqil menolak aku ke tepi dan pergi kearah lelaki tadi lalu menumbuknya.Setelah beberapa kali dibelasah,lelaki tadi lari menghilangkan diri.Aku menerpa ke arah Aqil dan memeluknya.Aqil membalas pelukanku.Aku menangis sekuat hatiku kerana masih lagi diselubungi perasaan takut.Aqil mengusap belakangku perlahan-lahan untuk menenangkanku.Setelah aku kembali tenang,Aqil menarik aku dan membawa aku balik ke tempat penginapan kami.
Sebaik sahaja sampai di bilik,Aqil mendorong aku ke katil.
“Rehatlah.”Nada suara Aqil berlainan.Tiada lagi kemesraan dalam suaranya.Aku hanya menurut.Dia berlalu ke bilik air.Aku pula tertidur kepenatan.
BAB 10
Sejak hari itu,Aqil tidak lagi bercakap dengan aku.Dia selalu mendiamkan diri melayan perasaannya sendiri.Pada mulanya aku tidak ambil pusing dengan tingkah lakunya tetapi apabila sepuluh patah yang aku tanya,sepatah yang dia jawab,aku mula hilang sabar.
“Aqil, jom kita turun makan! Saya lapar ni...”kataku cuba menarik perhatiannya. Dia hanya menganggukkan kepala tanpa memandangku.Urgh!bengangnya aku! Sabarlah wahai hati! Aku geram dengan tingkah lakunya. Aku bangun dan menuju ke arahnya. Aku mencapai tangannya dan menariknya keluar dari bilik untuk ke restoran di bawah.
Aku nampak muka Aqil berubah bila aku tarik tangan dia tapi aku buat tak tahu.mana tak muka dia berubah,aku mana pernah tarik tangan dia sebelum ni.Sampai sahaja di restoran,aku memilih tempat yang agak tersorok kerana aku tidak mahu ada orang mengganggu kami. Eh,tapi kenapa pulak aku nak buat macam ni? Ah,lantakla...yang penting,aku memang tak nak ada orang kacau aku dengan Aqil.
Setelah memesan makanan,aku menjamu selera.Aqil juga begitu tetapi dia hanya mendiamkan diri tetapi fikirannya tiada di situ. Aku merenung Aqil.Apa agaknya yang dia fikirkan?Kenapa dia dah tak selalu cakap dengan aku? Dia tak suka aku lagi ke? Bukan ke dulu dia cakap dia sayang aku?
Selepas makan,Aqil masih lagi mendiamkan diri. Aku terasa seperti mahu menangis tetapi perasaan itu aku tahan sahaja. Kami berjalan seiringan ke bilik kami. Aku tidak tahu mahu berbicara apa lagi dengannya,jadi aku memilih untuk mendiamkan diri juga. Walaupun aku berbulan madu di destinasi yang aku sukai, aku tidak dapat merasakan kegembiraan kerana sepanjang kami berada di Korea,Aqil tidak lagi bersikap mesra denganku.
Setelah selamat sampai di Malaysia,kami terus pulang ke rumah.Aku masuk ke dalam bilikku dan Aqil masuk ke dalam biliknya. Dia mengunci pintu biliknya. Aku terasa dengan setiap perbuatannya. Caranya seperti mahu menjarakkan dirinya daripada diriku tetapi kenapa? Setiap pagi,sebelum dia ke tempat kerja, tiada lagi kucupan mesra di pipiku.Aku merindui perlakuan mesranya itu.Sebenarnya,aku sudah mula menyukai Aqil sejak dia menyelamatkan aku daripada perogol tempoh hari di Korea.Tapi,takkan aku nak terus beritahu dia aku suka dia.Malu gila!Sudahlah dia tak mahu tegur aku,nanti tiba-tiba aku beritahu dia aku suka dia,tak ke dia terperanjat beruk pulak kang?Hisy,tak mungkin aku akan beritahu dia!
Oleh kerana tidak tahan dengan sikap Aqil,aku pergi mengadu dengan umi.Tapi aku tak beritahu umi yang aku ada tampar Aqil.Nanti dia cakap aku ni kurang ajar pulak.Tak apalah,itu rahsia kitaorang sahaja.Umi kata biasalah,ada orang bekahwin.Umi suruh aku pujuk Aqil tapi aku tak tahulah cara nak pujuk suami ni.Aku mana pernah ada suami!Huhu...aku akan cuba jugak pujuk dia walaupun aku tak rasa dia patut merajuk lama-lama.Buruklah kalau lelaki merajuk! Hehe...sempat lagi aku ni!
Okey!malam ni aku akan cuba untuk pujuk Aqil!Wah,semangat berkobar-kobar seorang isteri ni!Nak pujuk suami dia yang merajuk.Haha...Malam tu,aku masak sedap-sedap,pakai wangi-wangi nak pujuk dia.Heh,bukan macam nak pujuk dia tapi dah macam nak goda dia je ni!Tak apalah,dia suami aku kan?Aku tunggu dia balik atas sofa.Huih,lambatnya mamat ni nak balik.Aku tengok jam.Dah pukul 9 malam!Apsal dia tak balik lagi ni? Makanan yang aku masak dah sejuk dah. Tanpa aku sedari,aku tertidur di atas sofa.
Pagi-pagi itu,sebaik sahaja aku bangun daripada tidur,aku tengok aku ada atas katil. Eh,macam mana aku boleh ada atas katil pulak ni?Aku tengok keadaan sekeliling.Aku bukan ada dalam bilik aku.Aku kat dalam bilik Aqil! Takkan aku ngigau kot? Eh,tak kot. Aqil yang dukung aku masuk dalam bilik ni. Tapi mana Aqil? Aku bangun dari katil dan keluar daripada bilik itu. Aku ke dapur. Tak ada pun Aqil.
Tiba-tiba aku nampak satu nota kecil di atas meja makan. Aku buka lipatan itu dan membaca coretannya.
Dah bangun? Maaf sebab balik lambat malam tadi. Sedap Min masak. Hari ini abang balik lambat lagi,jadi jangan tunggu abang sampai tertidur kat atas sofa lagi tau! Erm..lagi satu,Min tak payah la pakai baju seksi-seksi macam semalam uh. Abang tak suka....
Oh,erm...tak kesahla Min nak pakai apa pun,jangan lupa makan sarapan yang abang dah buat tu tau!
Love,
Abang
Surat di tanganku terlepas. Dia tak suka aku pakai macam tu? Kenapa? Aku kan isteri dia. Aku terduduk di atas lantai lantas menangis. Aku sedih dengan kelakuan Aqil. Aku menangis dengan sepenuh hati.iyalah,kt rumah kan tak ada orang. Aku tak sangka Aqil betul-betul tak suka aku. Hari itu aku tampar dia kerana dia memburuk-burukkan arwah,mana aku tak bengang! Tapi aku tahu aku memang berdosa. Aku bertekad untuk cuba memujuknya lagi. Aku berlalu ke bilik untuk menukar baju.
Setengah jam kemudian aku sampai di pejabat Aqil. Aku bertanya kepada penyambut tetamu di mana pejabat Aqil dan terus menuju ke bilik Aqil.Aku terus masuk ke bilik Aqil tanpa mengetuk pintu. Aku terkejut dengan apa yang aku lihat. Aku terasa seperti hatiku ditarik-tarik dengan kasar. Aqil juga kelihatan terkejut dengan kehadiran aku yang tiba-tiba merusuh masuk ke dalam pejabatnya.
Seorang wanita yang memakai pakaian yang agak singkat;seperti orang yang tidak cukup kain sedang duduk di atas meja Aqil dengan kaki putih melepaknya yang bersilang. Tangan perempuan itu diletak di atas bahu Aqil dan posisi mereka ketika itu seperti mahu bercium. Walaupun kelihatan seperti Aqil tidak menyukai perbuatan perempuan itu tetapi apa yang mereka buat di dalam pejabat ini berdua-duaan? Tanpa menunggu jawapan, aku terus berlari keluar dari pejabat Aqil dengan air mataku yang mengalir deras. Patutlah balik sahaja daripada bulan madu kami,dia tidak mahu bermesra atau berbaik-baik dengan aku. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu!
Aqil berusaha untuk mengejar aku sambil menjerit memanggil namaku namun aku terlalu kecewa dengan apa yang aku lihat tadi. Aku mempercepatkan langkahku. Aku cepat-cepat menekan butang lif dan memboloskan diri ke dalam lif. Aqil sempat mencapai tanganku tetapi aku menolak tangannya sekuat hati sehingga dia terjatuh di atas lantai. Aku lekas menutup pintu lif dengan hatiku yang kian walang.
Sampai sahaja di rumah,aku mengemas beg pakaianku. Aku mahu pulang ke rumah ibu bapaku di mana tempat aku diperlukan berbanding di sisi Aqil. Sedang aku mengemas pakaianku, Aqil tiba di rumah.
“Min,yang tadi uh bukan macam apa yang Min fikirkan! Abang dengan perempuan tu bukan kekasih! Min! Min...janganlah pergi!”Aqil cuba memujukku tetapi aku sudah membuat keputusan untuk pergi daripada rumah ini. Aku tidak mahu tinggal dengan lelaki yang sudah menduakan cintaku.
BAB 11
Aku tunduk memandang lantai. Aku tidak berani mengangkat muka kerana salah faham terhadap Aqil. Cemburuku membara apabila melihat keadaan Aqil di pejabatnya sehingga hilang pertimbangan. Malunya aku pada Aqil!
Rupa-rupanya, perempuan itu adik Aqil dan dia baru pulang luar negara sebab itu pakaiannya mencolok mata. Adik Aqil Hana memang suka main-main dengan Aqil,sebab itu dia duduk atas meja Aqil,saja mahu menyakat Aqil.
“Min,apsal tunduk je ni? Pandanglah abang!”suara Aqil separuh merayu. Macam mana aku nak pandang dia? Masih terasa lagi malu dalam diri aku. Itulah, suka cemburu buta! Tapi mesti dia dah tau yang aku cemburu tadi sebab aku dah mula sayang kat dia. Ala, lagilah malu aku nak tengok dia.
Aqil bangun dan duduk berhadapan denganku. Dia mencapai jari-jemariku dan digenggamnya erat. Aku tidak memberi apa- apa respons walaupun hatiku berdebar dengan sentuhannya. Aku menutup mata. Cuba untuk menenangkan perasaanku.
Aqil menyeka sisa-sisa air mata di pipiku. Tindakannya membuatkan aku memandangnya kerana hairan. Aku terkebil-kebil memandang Aqil. Kemudian, dia mengusap pipiku dengan lembut. Emm...sentuhannya terasa mendamaikan. Aku menutup mata untuk menikmati sentuhannya.
Tiba-tiba, satu kucupan hinggap di pipiku. Aku membuka mata dan memandang wajah Aqil yang begitu dekat dengan wajahku. Aqil senyum kepadaku. Dari pandangan mataku, senyuman kelihatan sungguh menawan.
Aqil tunduk dan mengucup lembut bibirku. Aku membalas kucupannya dengan rasa cinta yang semakin membara di hati. Lama juga kami berkeadaan begitu. Kami diganggu dengan satu bunyi yang aneh. Aqil melepaskanku. Kami cuba mengamati arah bunyi itu.
“Kruukk...”
“Ops...”secara spontan aku memegang perutku. Rupa-rupanya perutku yang berbunyi. Bila diingatkan kembali,aku masih belum makan kerana terus bergegas ke pejabat Aqil selepas membaca suratnya.
Aqil tidak dapat menahan tawanya lalu ketawa kuat. Aku menunduk malu. Bertambah kuat Aqil ketawa. Aku memuncungkan bibir tanda merajuk. Aqil berhenti ketawa.
“Sayang, janganlah macam ni! Abang main-main je tadi. Manalah abang tau Min nak marah.”Aqil cuba memujukkku. Sebenarnya kau tidak marah tetapi sengaja mahu bermanja-manja dengannya. Aku Cuma berpura-pura merajuk.
“Sayang...janganlah marah. Ok,jom,kita pergi keluar makan. Abang belanja Min! Jom...jomlah...” Aqil masih berusaha untuk memujukku. Aku tersenyum di dalam hati.
Aqil berusaha menarikkutetapi aku sengaja mengeraskan diri. Setelah berusaha beberapa kali, akhirnya Aqil berjaya menarik aku tetapi dia terjatuh. Aku tidak dapat menahan lagi. Aku melepaskan tawaku. Mukanya berkerut. Dia cuba untuk bangun.
“Eh, ni apsal tiba-tiba gelak ni? Dah tak marah dah ke?” Aqil bertanya.
“ Mana ada marah. Tak marah pun. Saja je nak kenakan abang!” sengaja aku kuatkan suara apabila menyebut perkataan ‘abang’. Aqil kelihatan terkejut.
“ Eh, Min dah panggil abang, ‘abang’! dah tak guna saya awak dah!”Aqil berkata riang. Macam kanak-kanak ribena!
“Yela, kan memang tu panggilan yang selayaknya untuk seorang suami. Patutnya dari awal lagi Min panggil abang, ‘abang’. Tapi...” belum sempat aku menghabiskan ayat, Aqil meletakkan jari telunjuknya dibibirku.
“ Abang tak kesah. Biarlah perkara yang dah lepas tu. Yang penting sekarang, Min dah dapat terima abang.”
“Eh, bukan Min je yang dah dapat terima abang, abang pun dah dapat terima Min juga,kan?”tanayku dengan harapan jawapannya ya.
“Abang dah lama dapat terima Min. Sejak hari pertama kita kahwin lagi.” Aku terkejut dengan maklumat yang baru aku terima.
“ Hah? Tapi masa tu kan kita baru kahwin. Kenapa cepat sangat abang terima Min? Tak takut ke Min ni perempuan jahat?”
“Sebab masa tu abang dah dapat terima Min sebagai jodoh abang.” Pendek sahaja jawapannya tetapi ia berjaya membuatkan hatiku berbunag gembira. Tanpa sedar, aku mendekatinya dan mengucup pipi Aqil. Aqil kelihatan kaget.
“Kruukk...”Hish,perut aku ni memang tak reti senyap! Aqil ketawa. Aku mencubit lengannya. Cubit sayanglah!
“Au...sakitlah!”Aqil mengusap tangannya.
“Padan muka!” Aku menjelirkan lidah ke arahnya. Aqil memandangku. Pandangannya sangat serius. Dia mendekatiku. Aku seram sejuk. Tiba-tiba dia menggeletekku. Aku ketawa kegelian.
“ Dahlah, tak nak dah.” Aku merayu agar dia berhenti menggeletekku.
“ Oklah,jom kita pergi makan. Kalau tak, takut ada perut orang tu bunyi lagi!”katanya sambil memandangku nakal. Aku tahu dia sedang menyindir aku.
“Abang jahat!” Aku memukul-mukul lembut dada bidangnya. Aqil hanya ketawa.
BAB 12
Keesokannya, Aqil meminta cuti selama seminggu. Aqil kata dia mahu membawa aku pergi bercuti tetapi di dalam negara sahaja.
“Tapi bukan kita dah pergi bulan madu ke dulu? Yang dekat Korea tu?” tanyaku hairan.
“ Yang dulu tu Cuma untuk cukupkan rukun je. Kan orang yang baru kahwin memang akan pergi berbulan madu? Tapi dulu dengan sekarang lain. Dulu, kita pergi bulan madu tapi kita macam orang asing. Tak rasa pun kehangatan bulan madu tu. Jadi abang ingat nak bawa Min pergi bercuti lagi sekali. Lagipun, kali ni nak celebrate Min dah boleh terima abang,” katanya panjang lebar sambil mengusap pipiku. Tetapi sebelum dia menurunkan tangannya, dia mengetip pipiku. Aku mengaduh kesakitan sambil mengusap-usap pipiku.
“ Sakitlah!”marahku penuh emosi. Aqil mengetawakan aku. Mungkin dia ingat aku hanya main-main. Aku bingkas bangun dan menuju ke tangga untuk naik ke bilikku. Aqil mengekoriku. Dia menarik tanganku sebelum aku sempat memboloskan diri ke dalam bilik. Aqil menarik aku menghadapnya. Aku memalingkan muka daripada memandang wajahnya.
“La, sayang abang ni merajuk ke? Sakit ke tadi? Ok,meh sini abang ubat.” Aqil menarik aku mendekatinya. Dia mengusap lembut pipiku dengan harapan kesan merah itu akan hilang. Walaupun tanda merah itu masih ada, sentuhan Aqil membuatkan aku tidak lagi berasa sakit malah membuatkan aku malu. Aku menolak tubuhnya.
“ Dah tak sakit dah. Em, Min nak pergi kemas beg baju jap.” Aku memusingkan tubuhku. Baru selangkah aku berjalan, ada satu kucupan hinggap di pipiku. Aku memandang Aqil.
“ Abang sayang Min!”katanya sambil tersenyum. Aku tersipu-sipu malu. Aku cepat-cepat masuk ke dalam bilik untuk mengemas beg pakaian.
Tengahari itu,kami tiba di Melaka Beach Resort. Bilik kami terletak di tingkat paling atas. Aqil mendahului aku dan masuk ke dalam bilik itu. Lagaknya seperti tidak sabar-sabar. Aku terpegun melihat keindahan pemandangan dari tingkat atas. Aku tersedar akan sesuatu.
“Eh,kenapa katil dalam bilik ni ada satu je?”tanyaku seperti orang bodoh. Aqil tersengih-sengih memandangku. Aku mengerti maksud pandangannya.
Setelah mengemas apa yang patut, aku membersihkan diri. 10 minit kemudian, aku keluar dengan memakai jubah mandi kerana aku terlupa membawa pakaianku ke dalam bilik air. Aku lihat Aqil sedang tidur di atas katil Pasti dia keletihan kerana sepanjang perjalanan ke sini, Aqil yang memandu kereta.
Aku mengejutkannya dan menyuruhnya mandi. Dia bangun terpisat-pisat lalu masuk ke bilik air. Aku duduk di atas katil lalu bersandar di kepala katil. Tanpa aku sedari, aku tertidur.
Sentuhan lembut di bahuku membuatkan aku terjaga. Aku lihat Aqil sudah siap berpakaian. Aku bangun mengambil bajuku dan masuk ke dalam bilik air. Setelah siap berpakaian, aku keluar dari bilik air.
Kami berjalan-jalan di sekitar bandar Melaka sehingga malam. Kemudian,kami pulang semula ke bilik. Akibat kepenatan, kami tertidur selepas menunaikan solat. Tengah malam itu, aku terjaga kerana sakit perut. Cepat-cepat aku berlari ke tandas. Sebaik sahaja keluar daripada bilik air aku lihat lampu bilik telah terpasang. Pasti Aqil sudah bangun.
Betul tekaan aku,Aqil terjaga dan sedang duduk di atas katil dengan muka ‘blur’. Mungkin dia terjaga apabila aku bangun dari katil untuk ke tandas.
“Kenapa Min terjaga tengah-tengah malam ni? Min tak sihat ke? Sakit apa?”Banyak betul soalan dia. Prihatin betul dia kat isteri kesayangan dia ni.Haha...
“Oh,erm...tak ada apa-apa. Min sakit perut tadi”perlahan sahaja suaraku kerana aku segan. Iyalah, terjaga malam-malam sebab sakit perut dan sebabkan orang yang tengah tidur pun terjaga.Aku menghampiri Aqil dan duduk di sebelah dia.
“Min tak apa-apa. Dah,sambunglah tidur.”Aku naik di atas katil dan mahu menyambung tidurku yang tergendala sebentar tadi. Aqil mematikan lampu dan turut baring di atas katil,di sebelahku.
Baru sahaja aku menutup mata, aku dapat rasakan ada sepasang tangan kekar di pinggangku. Mulanya aku seram sejuk tetapi pastilah Aqil yang buat begitu. Aku hanya membiarkan perlakuannya dan cuba menyambung tidurku.
Mungkin apabila melihat tiada respons daripada aku, Aqil memusingkan tubuhku supaya aku menghadapnya. Aku hanya menurut kerana mungkin dia ingat memberitahu aku sesuatu. Aku memandang wajahnya dalam kegelapan malam. Dia hanya tersenyum padaku. Aku menunggu dia bersuara tetapi dia hanya mendiamkan diri. Rasa mengantuk yang masih bersisa menyebabkan aku menutup mata untuk tidur.
Tiba-tiba Aqil mengucup mataku. Serta-merta mataku terbuka. Aqil memandang aku. Daripada riak mukanya,aku tahu dia ingin meminta haknya sebagai seorang suami. Ciumannya berjalan sekitar wajahku. Aku hanya membiarkan dia. Akhirnya,bibirnya mendarat atas bibirku. Dia mengucupku seperti tidak mahu melepaskan aku pergi. Aku membalas kucupannya yang sememangnya melemahkan semangat aku untuk menolak.
Apa-apa pun yang Aqil mahu lakukan terhadap aku,aku tidak kisah kerana aku telah bersedia untuk menjadi haknya luar dan dalam. Aku sangat mencintai lelaki ini. Lelaki yang telah berjaya membuka pintu hatiku setelah kematian arwah Irfan dengan tingkah lakunya yang comel,’cool’, suka senyum walaupun bila dia senyum tu ada maksud lain dan sentiasa sayangkan aku sejak kitaorang jadi suami isteri.
Aqil mengusap leherku,mengucup lembut leherku sehingga menyebabkan semangatku hilang di dalam kegelapan malam. Sentuhannya terasa amat menenangkan. Aku tidak mampu berbuat apa-apa semasa dia menyentuhku. Aqil membelai dan mengusap tubuhku membuatkan aku hilang di dalam dakapannya malam itu.
Aku keluar daripada bilik air. Aduh, apsal rasa mual je ni? Masuk kali ni, dah 5 kali aku keluar masuk tandas,buang semua isi perut aku. Aqil pula tadi kat sini. Kalau ada, boleh aku minta dia bawa aku pergi klinik. Aku turun ke bawah.
“Yana, kenapa muka Yana pucat ni? Yana ok ke tak?”Umi bertanya sebaik sahaja melihat aku. Aku melabuhkan punggung di atas sofa dan bersandar.
“Erm, Yana rasa mual je dari tadi. Yana asyik keluar masuk bilik air je,muntah. Yana tak tahulah apa yang tak kena dengan Yana sampai Yana muntah-muntah ni.” Umi memandang aku tetapi fikirannya seperti di tempat lain.
“Hah! Umi rasa umi tahu kenapa Yana muntah-muntah. Jom,umi bawa Yana pergi klinik, nak cek betul ke tak tekaan umi ni. Pergilah siap!” Ledakan suara Umi yang tiba-tiba itu memeranjatkan aku. Aku terpinga-pinga.
“Hah? Siap? Nak pergi mana umi?”
“Nak pergi bawa Yana pergi kliniklah. Nak cek betul ke tak!”
“Oh,ok. Kejap.”Aku terus berlalu ke tingkat atas. Em, apalah yang tak kena dengan aku ni agaknya? Aku salah makan ke semalam? Eh, semalam umi yang masak. Tak kan lah keracunan makanan kot.
“Puan mengandung 7 minggu.”Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata doktor tadi. Aku tersenyum sendirian. Aku tidak sabar mahu memberitahu Aqil tentang berita ini. Aku meminta umi untuk merahsiakan perkara ini.Lewat petang itu, Aqil pulang ke rumah. Aku cuba menayangkan muka selamba supaya dia tidak dapat meneka apa-apa.
Malam itu, semasa Aqil sedang membaca majalah,aku duduk di sebelahnya.
“Abang, Min ada benda nak cakap dengan abang.” Aku menepuk bahu Aqil supaya dia sedar akan kehadiranku.
“Erm...cakaplah. Abang dengar.” Aqil berkata tanpa memandangku.
“Siang tadi,Min pergi jumpa doktor” Serentak itu, Aqil terus memandang aku.
“Kenapa? Min sakit ke? Min sakit apa? Kenapa tak bagitahu abang siang tadi?” bertubi-tubi soalan daripada Aqil. Tiba-tiba , melintas di fikiranku untuk mengusik dia.
“ Doktor kata Min sakit. Sakit buatan orang.”Suaraku sengaja disedihkan. Aku tersenyum di dalam hati.
“ Hah? Min sakit buatan orang? Siapa yang buat Min sakit?” mukanya kelihatan cemas.
“ Abanglah.” Aku menayangkan muka kasihan.
“Mana ada abang buat Min sakit. Lagipun, buat apa.....” Aqil terdiam sebentar sebelum menyambung.
“ Min mengandung ke?” Aqil bertanya dengan nada....erm,entahlah. Dengar macam gembira. Tapi macam terkejut pun ada. Aku mengangguk sambil tersenyum manis.
Tiba-tiba Aqil menjerit. Aku terkejut.Aqil yang selama ni cool tiba-tiba menjerit, terkejutlah aku.
“ Kenapa abang jerit?”Aku bertanya cuak.
“ Abang gembira sangat dan macam tak percaya yang Min mengandung!” Lah, aku ingatkan dia takut lipas ke apa tadi. Buat terperanjat je Aqil ni!
“Ya, memang Min mengandung. Dah confirm dengan doktor dah tadi.”
“Bila Min dijangka akan lahirkan baby ni?” tanya Aqil sambil mengusap perutku.
“ Erm...bulan Mei tahun depan kot.”
“Hahaha....Abang rasa happy sangat. Thank you, Min. I love you so much!” Aqil memeluk aku erat. Aku membalas pelukannya.
“I love you too. Very much!”Aqil mengetatkan lagi pelukannya.
Aku selamat melahirkan anak kembar. Sepasang kembar. Perempuan dan lelaki.
“Terima kasih Min sebab bagi abang baby yang comel sangat ni!” Aqil mengucup pipiku. Aku hanya tersenyum.
“ Sama-sama. Comelkan anak kita? Min suka tengok yang baby boy tu. Comel sangat!”
“Eh, Min suka yang baby boy? Abang suka baby girl. Baby girllah yang comel.” Aqil menyangkal kata-kataku.
“Erm...tak kesahlah. Dua-dua comel juga.” Aku beralah.
“ Haah. Tahun depan dapat lagi kembar kan?” Aqil bertanya nakal.
“ Amboi, sedapnya cakap. Yang kena lahirkan nanti Min, bukan abang!”
“Tapi abang nak banyak anak! Lagipun, Min yang selalu goda abang...” Aqil tersenyum nakal.
“ Eh, bila masa pula? Sekali je Min pernah goda abang. Yang lain-lain tu abang yang tergoda sendiri. Bukan salah Min kalau abang nak tergoda.”
“ Hm...iyalah. Min betul.” Aqil sudah malas mahu melayan aku. Dia lebih berminat untuk mengucup lembut bibirku. Aku membalas kucupannya. Aku sayang lelaki yang bernama Muhammad Aqil Bin Haji Muhammad Suhaimi ini! Aku rela berkongsi hidupku dengan lelaki yang bergelar suamiku ini!
Sunday, July 12, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)
